Tuesday, March 13, 2007

Girlfriend Jatuhkan Martabat Kaum Perempuan

maaf erk.. ni ana ambik dari blog org lain.. minta dihalalkan erk kepada tuan puya blog.. tak salah kan kongsi ilmu....

"Tidak mempunyai teman wanita (girlfriend) adalah LEBIH SELAMAT bagi lelaki kerana boleh mengelakkan zina. Teman wanita (girlfriend) bukan budaya kita dan hanya menjatuhkan martabat dan maruah kaum perempuan kerana hanya berpegang kepada agama kita akan selamat sepanjang hidup dunia akhirat.

Ketenangan dan ketenteraman adalah milik Allah dan di kurniakan kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Jalan yang paling mudah untuk mendapatkannya ialah dengan mentaati Allah. Tidak mungkin kita mendapatnya dengan kita engkar kepadaNya.

Lihat saja kehidupan artis di mana jua, termasuk artis tempatan, seolah-olah dunia indah gemerlapan kehidupan milik mereka. Hidup bersama lelaki-perempuan sebagai pasangan ideal, the most loving couple ke hulu ke hilir tanpa mengira langsung hukum agama. Semuanya yang indah cuma berlaku sebelum nikah pada hal jelas perbuatan itu haram.

Lepas nikah, sibuk dengan urusan cerai yang tak habis-habis. Apa ertinya? Jalan agama adalah sebaik-baik cara untuk hidup tenteram kerana Allah menguasai setiap sesuatu hatta hati manusia. Hidup ini terlalu pendek untuk bermaksiat kepada Allah. Jangan ingat kita menguasai hidup ini."

kredit: http://jiwakitamerdeka.blogspot.com/